Holla bloggers... Tik tok,tik tok..Ramadhan dtg lagi...Rasanya baru semlm menyambut aidilfitri..hai, cepatnya masa berlalu..tahun lalu, aku masih berpuasa di Segamat sebagai seorg pelajar UiTM Johor. Dan pada ketika itu juga, aku bekerja sebagai pekerja am di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Nawawi(my fabulous lecturer n boss!) bersama seorg 'partner' bernama saudara Syakir...Dek kerana aku mengambil 2 subjek shj ketika itu, lalu masa terluang tu diisi untuk bekerja.Satu pengalaman yg tak dapat dilupakan.Seronok! Teringat gelagat Kak Ina dan Kak Mis di UPQ.Entah ingt lagi ke diorang dengan aku..hehe..Ustaz plak mesti rimas dengan aku sbb hari-hari aku minta duit raya..ha,dapat ke tak?mesti la dapat...Terima kasih Ustaz! Selain pengalaman berpuasa sebagai pekerja di situ, teringat juga aku dengan rumah sewaku di Segamat.Tentulah bersama-sama kawan-kawan serumah yang tercinta.Masing-masing dah membawa haluan sendiri. Tak tahu kenapa saat ni, teringat sangat dengan mereka. Mungkin kerana sudah 2 tahun meraikan Ramadhan brsama. Berbuka bersama, bersahur bersama...Semuanya bersama. Kalau seorang tak ada, mesti mcm rase kekosongan. Saat yang paling tak dpt dilupakan ialah membeli juadah berbuka dan memasak bersama. Juadah selalunya kami beli di Bazaar UiTM sahaja. Kalau aku balik dari kerja, aku akan terus ke ke dataran UiTM untuk 'membeli-belah'. Senarai makanan dalam 'inbox handphone' mesti dibuka kerana itulah pesanan dari kawan2 tercinta dkt rumah tu.Juadah yang wajib dibeli ialah keropok lekur,kuih-muih, taufufa dan mcm2 lagi lah. Sesampai shj di rumah, berehat dengan kawan2 smbil menonton slot kegemaran kami di TV3. Kalau tahun pertma berpuasa dengan mereka,aku seronok menonton 'Manjalara', tahun lepas pula mgkin Spa Q(tak sehebat manjalara). Drama berepisod Manjalara ditayangkan kembali di TV3. Aku tak akan terlepas menonton setiap episod seperti baru pertama kali menontonnya. Bukannya apa, sambil menonton tu, kenangan bersama rakan-rakan serumah melekat kuat di fikiran. Kami akan berlari-lari ke depan tv untuk menontonnya. Kalau kelas habis lewat, pemandu kereta pada hari tersebut(tak kira lah, aku,ayu,tan atau aleen) tak ubah seperti pelumba F1 untuk sampai ke rumah tepat pada pukul 6.30 pm. Seperti kewajipan, kami akan singgah dahulu di Gemerih untuk membeli kuih-muih di gerai kecil di tepi jalan.Yang wajib mestilah keropok lekor dan donat!...Berbalik kepada bulan Ramadhan pula, waktu bersahur juga penting bagi kami. Ada ketikanya kami bersahur di luar, memasak lauk yang 'simple', ataupun menghabiskan shj juadah bebuka yang tak sempat dihabiskan. Kami akan bersahur sebelum tidur dan selalunya pada pukul 1-3 am. Juadah yang paling senang untuk kami sediakan ialah, kurma dan juga air masak..hehe..Itupun sudah cukup mengenyangkan..hmm..alangkah seronoknya masa tu. Owh, sebelum aku terlupa, jiran kami yang baik hati iatu Makcik Ani yang selalu juga membawa juadah berbuka untuk kami.Hanya Allah shj yg dapat membalas budi beliau. Kami tak sempat untuk berjumpa dengan beliau sebelum meninggalkan rumah tersebut. Makcik Ani sinonim dengan buah-buahannya seperti rambutan. Bertong-tong rambutan kami dapat sebelum beliau mencantas dahan pokok tersebut. Nampaknya, lama lagi la pokok tu nak berbuah kembali. Tapi kami beruntunglah sebb kami lah org terakhir makan buah rambutan tersebut sebelum dia bercambah kembali...Hai, bila agaknya pengalaman seprti ni akan berulang kembali...Rindunya dengan mereka!Segamat, daerah yang kecil tu membawa seribu makna kepada ku dan rakan-rakan yg lain.Betullah org tua ada berpesan, jangan benci-benci sgt, nanti lama-kelamaan jatuh cinta.Begitulah yang terjadi kepada aku. Ketika diploma dulu, menangis-nangis aku bila dapat tahu akan brsambung belajar di sana. 'Homesick' yg keterlaluan, walaupun sebenarnya bukannya jauh dengan rumah ku. Sekarang seperti nak sambung lagi belajar di sana..nak sambung ape lagi ya?..hehe..hari ni, hari pertama Islam di Malaysia menyambut Ramadhan. Aku baru shj sahur dan solat Subuh. Terus terkenang Ramadhan-Ramadhan yg lalu. Dan ringan shj jari-jemari ni menaip pengalaman dan memori lampau bersama rakan-rakan terhebat ku. Alin, menyambung praktikalnya di syarikat perumahan di Kluang, Ayu, juga menyambung praktikalnya tetapi di Johor Bahru, Ira menjalani kursus latihan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia iaitu GEMS di Genting, Hana bekerja di Hotel Intekma & Resort di Shah Alam, Tan@yanti bekerja sebagai seorang guru kontrak di sekolah Cina di Kepong dan dengarnya akan berkahwin pada akhir tahun ini atau awal tahun depan...Dan aku, masih di Batu Pahat, membuat persiapan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dan juga sambil-sambil mencari pekerjaan juga yang sesuai. Org kata, jgn memilih sgt, tapi aku ni cerewet orgnya,jadi kena lah memilih sikit. Itu yang agaknya tak dapat-dapat kerja.Ada offer pun, tak pergi..Buat masa ni pun, baru 2, 3 kerja sahaja yang dipohon..hehe..Cinta?Kalau ade jodoh,ada la..Biarlah Allah dan masa shj yg tentukan. Itu yang terbaik.....Sempena Ramadhan ini, aku memohon ampun dan maaf, zahir dan batin kepada sesiapa yg mengenali diri ini..Semoga, ibadah kita kali ini diterima Allah SWT...Amiiinn...
Friday, August 21, 2009
Oh Ramadhan....
bLoGgEd by sammie at 3:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 cRiTiCs:
slamat brpuase k. nurul..
smoge kamu d brkati allah..
amin~
p/s:besnye bace pngalamn mase silam orang..=)
u 2...
pengalaman itu beshhh....
Post a Comment